Saturday, 30 March 2013

Bisu Selepas Dihidupkan Semula

Pengalaman itu ialah mayat yang sedang disembahyangkan tiba-tiba hidup semula. Malangnya setelah hidup semula, dia menjadi bisu. Keadaan itu berterusan sehinggalah dia meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Peristiwa itu berlaku beberapa tahun lalu di sebuah kampung di Pantai Timur. Ketika itu saya masih remaja dan mengaji di pondok dengan beberapa orang rakan. Orang yang meninggal dunia itu pula adalah seorang lelaki dalam lingkungan 60-an dan sudah berkeluarga. Punca kematiannya tidak saya ketahui. Pada hari tersebut, bapa angkat saya mengajak saya pergi menziarahi seorang penduduk kampung yang meninggal dunia dan sama-sama tolong menguruskan jenazahnya. Saya pun ikutlah. Apabila sampai, jenazah itupun diuruskan seperti jenazah-jenazah lain. Dimandikan dan dikafankan. Tidak ada apa-apa yang luar biasa ketika itu. Keadaan mayatnya pun macam mayat-mayat lain. Jumlah orang yang melawat pun boleh tahan juga. Selepas Zuhur, kami beramai-ramai menyembahyangkan jenazah berkenaan dengan diimamkan oleh bapa angkat saya tadi. Saya berada di saf yang paling depan, betul-betul di belakang bapa angkat saya. Tapi, dengan kehendak Allah, sewaktu takbir yang kedua, suasana tiba-tiba menjadi gempar. Jenazah yang sedang disembahyangkan itu bergerak-gerak. Cara mayat itu bergerak adalah seperti orang yang baru bangun dari tidur dan cuba melepaskan diri daripada selimut putih yang membungkusnya. Mungkin panas ke, atau pun lemas. Yang menyaksikan kejadian itu semuanya terkejut. Melihat mayat berkenaan bergerak-gerak, sembahyang jenazah sekaligus dihentikan. Saya pun menjengukkan kepala untuk melihat mayat itu. Aneh, inilah kali pertama saya melihat mayat hidup semula. "Pergilah tengok, buka kain kafannya," kata bapa angkat saya. Saya pun pergi dekat mayat itu dan bukalah. Maha Suci Allah, apabila saja dibuka kain kafan itu, saya nampak matanya terkebil-kebil. Dia masih hidup. Lepas itu hamba Allah ini duduk dalam kehairanan dan terpinga-pinga. Anehnya, dia tidak dapat berkata walau sepatahpun. Kenapa? Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa reaksi orang ramai yang nampak kejadian itu? Mereka semua lari lintang-pukang. Tinggallah saya berdua dengan bapa angkat saya. Lucupun ada, kecewapun ada. Yelah, sepatutnya apabila hamba Allah ini hidup semula, kita membantunya. Ini tidak, lari lintang pukang. Kalau ditanya pula perasaan saya bila nampak mayat itu hidup semula, memang saya tak rasa takut walau sedikit pun. Buat apa takut sebab sepanjang hidup saya tak pernah pula saya dengar orang mati kena cekik dengan mayat. Tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan kita lebih takutkan manusia, jin, syaitan... lebih daripada takutkan Allah. Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan menjadi bisu. Mulutnya yang dahulu lantang bercakap kini terkunci terus. Lebih mengejutkan, dia mengubah terus cara hidupnya. Mulai saat itu, lelaki tersebut hanya menumpukan penghidupan keduanya dengan mengerjakan ibadah sembahyang. Dia juga tidak pernah meninggalkan sembahyang secara berjemaah. Kesungguhannya menunaikan amal ibadat sangat luar biasa dan mengagumkan. Keadaan ini jauh berbeza dengan kehidupannya sebelum itu yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Masa hidup dulu, lelaki itu bolehlah saya katakan sebagai 'semua boleh jadi... ke darat boleh, ke laut pun boleh'. Senang cakap, lelaki itu suka berbuat dosa tapi apabila masyarakat tegur, dia tak ambil peduli. Hendak pergi ke masjid jauh sekali. Sepatutnya apabila lelaki ini sudah berubah sikap, orang ramai perlulah menerimanya dengan baik. Tetapi apa yang saya kesalkan, dia telah disisihkan oleh keluarganya sendiri. Tidak tahulah saya kenapa keluarga lelaki itu menyisihnya. Tapi soalnya, itukah balasan anak isteri dan keluarganya? Pada hal semasa hidup dia sudah bina rumah, kumpul harta dan sebagainya untuk keluarganya. Tetapi bila dia mati dan kemudian hidup semula, anak-anaknya tak mahu menerimanya. Sedih saya memikirkan cara penerimaan mereka itu. Maka atas sifat ihsan bapa angkat saya tadi, dibuatkanlah sebuah rumah di kawasan masjid. Tinggallah lelaki tadi di rumah berkenaan hingga ke akhir hayatnya. Apa yang menggembirakan kami ialah setiap kali bila lelaki itu hendak ke masjid, dia akan mengajak sesiapa saja, tak kira yang ada di jalan, tembok, padang atau sebagainya, supaya segera pergi ke masjid. Lelaki berkenaan meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Saya tidak tahu pula punca kematiannya. Bagaimanapun, sebelum akhir hayatnya, dia telah meminta maaf kepada para penduduk kampung itu di atas segala kesilapannya yang lalu. Urusan pengkebumian jenazahnya pun berjalan dengan lancar. Menurut orang yang membawa jenazahnya itu, mayatnya ringan dan mudah dibawa. Satu lagi, masa dahulu orang-orang membawa jenazah dengan menggunakan empat buah basikal. Caranya ialah diletakkan empat batang kayu/buluh di basikal-basikal itu. Kemudian keranda diletakkan atas kayu berkenaan dan di tutup dengan daun kelapa secara berselang seli. Kata orang yang mengusung jenazah tersebut, mereka tak menghadapi sebarang masalah. Mayatnya ringan dan orang yang menolak basikal pun tak ada masalah sebab menolak basikal dengan cara begitu bukannya kerja senang. Pengajaran daripada kejadian di atas: Apakah yang dialaminya semasa 'mati' hingga menyebabkan dia bertaubat? Wallahuallam, saya tak tahu. Yang tahu cuma Allah dan dia sahaja. Yang pasti, dia telah melalui satu pengalaman yang sangat berharga, untuk dirinya dan untuk kita semua. Lelaki itu bertuah kerana telah melihat kebenaran Allah dan Allah telah memilihnya untuk diberi kesempatan bertaubat sebelum dicabut semula nyawanya. Hanya segelintir saja orang yang dipilih oleh Allah untuk diberi peringatan itu. Sayangnya dia tidak dapat beritahu kepada masyarakat apa yang dilaluinya semasa dimatikan itu. Mungkin Allah tidak mengizinkannya. Cukuplah untuk pengajaran diri lelaki itu dan juga masyarakat (yang memahaminya). Tapi saya sedih, orang Melayu kita ini cepat lupa pada sejarah. Mereka insaf sekejap saja, lepas itu lupa balik, buat kerja-kerja mungkar. Orang-orang kampung itu cuma insaf sekejap saja, lepas itu buat lagi amalan-amalan buruk. Lebih mengecewakan ialah keluarga lelaki itu yang menyisihkannya. Peristiwa itu cukup memberi kesan dalam hidup saya. Ada orang berkata, cerita-cerita sebegini tidak elok didedahkan kerana memberi aib pada orang yang terlibat. Saya tak beranggapan begitu. Bagi saya, ia bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang tetapi untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat. Malah saya selalu berdoa supaya Allah selalu memberikan contoh-contoh seperti ini kepada kita semua agar kita semua menjadi umat yang taat kepada-Nya. Kita semua akan mati, sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemu Allah?

Kata Kata Mutiara Tentang Cinta

Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. Hamka Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Hamka Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya. Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab) Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya. Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad) Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya. Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’) Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu. Ali bin Abi Thalib Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai. A’idh Al-Qorni Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh islam yang semoga bisa kita ambil hikmahnya. Semoga Allah memudahkan saya untuk menambah koleksi ini dan memberikan manfaat kepada pembacanya.

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa' Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat Lahirmu bukan untuk dunia Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia Ingatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan Tuhan Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia " Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

Waktu Adalah Pedang

( Kalam Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Attas ) Nun di Huraidah. Di pedalaman lembah Hadramaut yang gersang namun penuh kesejukan itu, dua abad silam, seorang wali besar sedang khidmat menggoreskan penanya. Ia adalah al-Quthb Habib Abu Bakar bin Abdullah bin Thalib al-Attas, guru al-Imam Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi. Ia menulis surat untuk Sejawatnya, al-’Arif Billah Habib Aqil bin Idrus bin Aqil yang tinggal di kota Inat. Surat yang memendarkan cahaya. Bertabur nasehat-nasehat yang menyentakkan kesadaran. Terangkai dalam kalimat-kalimat liris nan sejuk di jiwa. “Hadapkanlah jiwa dan ragamu kepada Allah SWT, sepenuhnya. Kerahkan segenap upaya dan niat. Niscaya, Ia akan menggamitmu ‘tuk menjadi salah seorang wali-Nya. Lalu, Ia akan mengucurkan karunia demi karunia yang bakal mendamaikan kedua pelupuk mata dan kepundan hatimu.” Demikianlah nasehat pertama yang terajut dalam surat itu. Suatu motivasi yang sangat menggugah. Untuk Habib Aqil khususnya, untuk kita umumnya. Habib Abu Bakar kemudian meneruskan, “Engkau pernah mewartakan, bahwa kini Engkau telah menertibkan mejelis telaah kitab dan belajar mengajar. Aduhai, sungguh kabar yang memercikkan bahagia. Andai aku berada di tengah-tengah kalian sana, tentu, aku kan beroleh limpahan keberuntungan.” “Keutamaan ilmu, wahai sayid, tak ada yang bisa menandinginya. Allah SWT menfirmankan, شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ “Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Dalam firman lain, Allah SWT memuji manusia yang berilmu, قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” Sekaitan hal itu, Rasulullah SAW memaklumatkan, “Barangsiapa dikehendaki Allah untuk menjadi orang baik, maka, ia akan diberi pemahaman dalam ilmu agama.” “Peliharalah waktu. Waktu laksana sebilah pedang. Jika Engkau tidak menebaskannya, ia yang akan menebasmu. Sejatinya, segala cita dapat digapai dengan memanfaatkan waktu sebaik mungkin.” “Camkan sungguh-sungguh. Manfaatkanlah waktu. Sebab dengan itu, limpahan berkah bisa kau raih. Dan berkat keberkahan waktu, Engkau bisa menyaksikan ihwal-ihwal luar bisa yang begitu banyak, yang tak mungkin terdedah dalam tulisan ini. Sebenarnya, cukup dengan isyarat, orang-orang berhati bijak pasti memahaminya.” Kalimat demi kalimat terus mengalir di matras kertas itu. Penulis nampaknya menekankan paragraf yang mengulik rahasia waktu tersebut. Alangkah benar sang habib. Waktu sangatlah berharga. Teramat berharga untuk disia-siakan. Begitu dilewatkan, ia akan sirna untuk selama-lamanya. Baris berikutnya, beliau sedikit menyentil masalah pentingnya perhatian terhadap anak-anak. “Curahkan perhatian kepada anak-anakmu. Awasilah segala tindak-tanduk mereka. Agar kelak mereka bisa membahagiakan hatimu.” “Tekunlah menelaahi kitab-kitab bermanfaat, terutama karya para sadah Alawiyin. Ketahuilah, karya-karya mereka adalah anggur yang sangat lezat.” Sebuah Wasiat tentang pentingnya melestarikan ilmu salaf. Kemudian Habib Abu Bakar menuangkan apresiasinya yang mendalam terhadap kitab ihya ulumiddin karya Imam al-Ghozali. “Menelaahi kitab ihya ulumiddin dan mendalami semesta hikmahnya sangat dianjurkan para salaf. Konon, ruh penulis Ihya senantiasa hadir di setiap majelis pembacaan kitab itu. Rahasia ini kusingkap dari guru-guruku. Telaahi lebih jauh pada pasal mahabbah dan syauq, maka, Engkau akan mendapati inti dan rahasia besar yang terpendam. “ “Syukurilah curahan nikmat-nikmat-Nya padamu berupa rasa cinta kepada orang-orang baik dan fiil-fiil baik. Manakala kau bersyukur, Ia akan menambah kenikmatan padamu. Tambahan nikmat itu bisa berupa nikmat bathin dan dhahir. Pemberian-Nya tidaklah sama dengan pemberian kita. Pemberian kita terbatas dalam angka-angka. Sedang pemberiannya tak terbatas.” “Berprasangka baiklah terhadap hamba-hamba Allah. Sebab rahasia-rahasia-Nya senantiasa terpendam dalam diri mereka. Sudut-sudut bumi takkan pernah kosong dari hamba-hamba pilihan yang memanggul rahasia itu. Sepotong syair mengalun syahdu, “Andai bukan karena mereka di tengah-tengah manusia, niscaya bumi dan gunung-gunung itu kan luluh lantak oleh terpaan dosa-dosa” Kemudian Habib Abu Bakar menutup suratnya dengan muhasabah (intropeksi). Ia mengajak shohibnya itu untuk merenungi sisa-sisa umur. “Ketahuilah wahai kekasihku. Umur kita telah dekat. Saat ini kita telah menapaki usia tujuh puluhan. Hati ini telah terkunci rapat untuk dunia. Dunia, bagi diri kita, hanyalah untuk mengenyangkan perut yang kelaparan, menyukupkan orang-orang yang kekurangan, meringankan beban fakir miskin, dan berbagai amal kebaikan. Adapun untuk selain itu, tak terbetik minat sedikit pun pada dunia.” Surat di atas tertulis pada 20 Sya’ban 1280 Hijriyah. Tertandai nama Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Attas. Yang menerima surat, Habib Aqil bin Idrus bin Aqil, belakangan mesanggrah di kota Surabaya dan meninggal di kota itu pada bulan Ramadhan 1316 Hijriyah. Ia di makamkan di sebelah timur makam Habib Syeh bin Ahmad Bafaqih. Sayang, ketika Cahaya Nabawiy berziarah, hanya mendapatkan makam-makam kuno tanpa nama. Rupanya, Habib Aqil adalah seorang mastur, yang tak mau dikenali kebesarannya.

Air Kelapa Anugerah Allah

Air kelapa ternyata lebih bernutrisi sepertimana susu penuh (whole milk) karena tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak Air kelapa dapat memperbaiki sirkulasi darah dan dikenal mampu membersihkan saluran pencernaan. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh Anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit. Jika anda mengidap penyakit batu ginjal (buah pinggang), biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu ginjal dan memudahkan mereka keluar dari tubuh. Air kelapa juga dikenal sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing. Jika Anda masih merasa pusing atau pening karena mabuk, biasnya anda boleh mengatasinya dengan meminum air kepala. • Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit dan potassium . Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi organ jantung. • Air kelapa dapat mempercepat naiknya trombosite bagi penderita DBD dan menurunkan demam (trombosit turun karena dipakai untuk mencegah pendarahan, karena demam yang kronik mengakibatkan kepekatan darah,dan pori”pembuluh darah membesar). Selain diminum fresh, ia boleh dicampuran herba tertentu (ini khas untuk pesakit ketagihan dadah, alcohol, rokok dsb) , juga tanpa dibakar atau kelapa muda panggang (ini untuk kesegaran tubuh). Manfaat lain air kelapa ialah : a. Air kelapa berkhasiat sebagai diuretik, iaitu untuk memperlancar pengeluaran air kencing. Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis bermanfaat untuk mengatasi dehidrasi (kehilangan air dari badan), juga untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil. b. Jika air kelapa muda yang dicampur dengan susu, boleh ditaruh ke dalam makanan tertentu untuk menjadikan makanan lebih anak. Campuran air kelapa muda tersebut mempunyai khasiat untuk mencegah penggumpalan susu dalam perut, muntah, sembelit, dan sakit pencernaan. c. Air kelapa juga mempunyai bermacam-macam khasiat sebagai minuman kesihatan. Di antaranya, minum air kelapa muda juga dapat membantu mengatasi pengaruh racun obat sulfa dan antibiotika lain, sehingga menjadikan ubat-ubat itu lebih cepat diserap ke dalam darah. d. Mencuci muka dengan air kelapa secara istiqamah tiap hari dapat menyembuhkan atau melenyapkan jerawat, noda-noda hitam, kerutan pada wajah, kulit mengering, dan wajah menjadi berseri. e. Campurlah air kelapa dengan sedikit madu. Ramuan ini merupakan tonik yang murah tetapi berkhasiat. Ramuan ini merangsang pusat-pusat seksual tubuh dan meniadakan akibat buruk gairah seksual berlebih. g. Air kelapa juga berkhasiat sebagai ubat luka, telapak kaki pecah-pecah, dan eksim. Membuat ramuannya relatif mudah. Rendamlah segenggam beras dalam air kelapa muda bersama tempurungnya sampai beras terasa masam karena peragian, kemudian beras digiling menjadi serbuk halus. Tepung beras tersebut digunakan dengan dilumur setiap hari selama 3-4 hari pada bagian tubuh yang sakit. h. Jika air kelapa muda dicampur dengan sedikit serbuk kunyit dan air kapur sirih dalam ukuran sama merupakan ubat luka inflamasi dan menghilangkan rasa panas pada telapak kaki dan tangan. i.air kelapa muda boleh dicampur ke dalam bancuhan untuk buat lempeng dan cokodok atau sukun goreng, ternyata enak. Nota: anda dinasihatkan tidak meminum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.

Betapa Beruntungnya Kami

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

  يَا هَنَانَا

Kawan

Kata mak,
К∂ω∂Ν tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang...
kata abah,
К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit..
kata atuk,
К∂ω∂Ν tu seperti air,
terus mengalir..
kata nenek,
К∂ω∂Ν tu bak bulan,
dipuja & disanjung tp nun jauh di sana..
kate sedare,
К∂ω∂Ν tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
К∂ω∂Ν tu seperti lembu,
mengikut saje ape dikata..
kata kakak,
К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan..
kata adik,
К∂ω∂Ν tu macam biskut,
sekejap ade sekejap ✗de..
kata saya,
К∂ω∂Ν tu ✗ kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT !!!

Dia tetap К∂ω∂Ν..
tau ✗ sebab ape???
Sekali saya dah К∂ω∂Ν ngan dia selamanye dia ttp К∂ω∂Ν saya..
itu cara saya berК∂ω∂Ν..!!
Walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. Walaupun kita punyai harta yg byk,
К∂ω∂Ν tetap paling berharga.

Wednesday, 28 September 2011

4 PERKARA TERSIRAT ******************


> Yang Tersirat di Sebalik 4
> 
> 4 alamat orang cerdik
> 1. Berani menempuh bahaya
> 2. Pandai bermanis muka dengan musuh
> 3. Pandai melihat kesempatan
> 4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain
> 
> 4 alamat orang beriman
> 1. Meninggalkan maki
> 2. Menjauhi menyakiti hati orang
> 3. Lekas memberi ampun
> 4. Lama baru menjatuhkan hukuman
> 
> 4 tanda orang berakal
> 1. Cinta pada ilmu
> 2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
> 3. Bagus jawabnya
> 4. Banyak benarnya
> 
> 4 alamat orang rendah
> 1. Membuka rahsia
> 2. Pendendam
> 3. Penggunjing
> 4. Memburukkan kawan
> 
> 4 yang menimbulkan cinta
> 1. Muka jernih
> 2. Sudi menolong
> 3. Sudi menghindarkan selisih
> 4. Menjauhi munafik
> 
> 4 soal yang membawa keuntungan hidup
> 1. Benar perbicaraannya
> 2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
> 3. Baik budinya
> 4. Suka berterima kasih
> 
> 4 sempurna dengan 4
> 1. Ilmu dengan larangan
> 2. Agama dengan taqwa
> 3. Amal dengan niat
> 4. Kemuliaan dengan kelebihan
> 
> 4 mesti dijaga
> 1. Teguh menjaga kehormatan
> 2. Redha menerima sedikit
> 3. Berbuat kebaikan setiap hari
> 4. Memelihara lidah
> 
> 4 macam pencarian
> 1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
> 2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
> 3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
> 4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal
> 
>   "REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
> 
> *     WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
> *     WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
> *     WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
> *     WAKTU MUDA SEBELUM TUA  DAN
> *     WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


Tuesday, 27 September 2011

MUTIARA KATA



Mutiara Kata 6
* Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisik, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
* Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dgn tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.
* Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.
* Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.
* Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuanganmemerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
* Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dlm diri kelak.
* Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri terlebih dhulu,
kerana hanya dia yang memiliki kunci penggerak dirinya.
* Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam usahanya.
* Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
* Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan.
tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

Nama-Nama Bayi


KOLEKSI NAMA BAYI LELAKI
A
_______________________________________
Adabi Abadi (Kesopananku/yang kekal)
Anak ini akan membesar dengan kesopanan yang tinggi. Sopan itu bukan dilakukan dengan berpura-pura atau ada udang di sebalik batu. Memang dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana kesopanan itu telah menjadi pakaian kepada dirinya.

Adib Anjab (Beradab/lebih utama dan bernilai)
Orang yang berakhlak mulia boleh dan pandai membawa dirinya bersama kawan-kawan dan masyarakat setempat. Hidup dengan berakhlak lebih mulia daripada menjadi orang kaya yang sombong. Mendidik anak memiliki akhlak yang baik adalah salah satu tanggungjawab ibu bapa yang berat.

Adib Fahim (Pujangga/yang faham)
Bila dewasanya anak menjadi seorang pujangga yang faham apa yang ingin diperjuangkan untuk kejayaan dan kepentingan bangsa, agama dan tanah airnya sendiri.

Aisy Hafiy (Kaya raya/yang memuliakan)
Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang kadang-kadang menyebabkan ia sombong dan lupa diri. Jika ada anak-anak yang kaya, alangkah baiknya jika dia dapat membantu orang yang susah dan mudah memberi sesuai dengan kemuliaan sebagai orang yang kaya pada harta dan juga pada budi bahasanya.

Ahmad Wirdas (Yang terpuji)
Nama ini pernah dimiliki oleh seorang anak di zaman pemerintahan Amirul Mukminin iaitu Hisyam bin Abdul Malik. Wirdas merupakan seorang yang petah berhujah dan bijak mengeluarkan perkataan yang bernas ketika memberi pandangan. Berani menegur perbuatan yang salah secara berhikmah tanpa menyinggung mana-mana pihak. Selayaknya ia mendapat penghormatan di atas kebijaksaan dan keberaniannya itu.

Ahmad Adham (Gelaran nabi/yang cantik)
Semoga anak membesar menjadi orang yang cantik pada wajah dan juga budi pekertinya. Anak yang cantik memang menyegarkan mata memandang, apa lagi jika akhlaknya juga menyejukkan hati. Cantik pada zahir dan batinnya.

Aisy Iskandar (Kaya-raya/nama seorang raja)
Seorang anak yang diharapkan apabila dewasa akan menjadi seorang pemimpin. Pemimpin yang mampu menggerakkan jiwa rakyat ke arah kecemerlangan hidup yang maju dan berdaya saing menghadapi pembangunan negara. Kekayaan yang ada pada dirinya digunakan untuk menegakkan suatu perjuangan yang diredhai oleh Allah.

Amirul Haziq (Ketua/cerdik, pandai )
Dunia memerlukan anak-anak yang mempunyai kecerdikan akal yang tinggi, supaya dapat memimpin orang lain ke arah kebenaran. Sifat ini perlu ada kepada seseorang anak yang bakal menjadi pemimpin untuk menggantikan generasi yang akan pergi.

Al Khwarizmi (Pakar matematik/astronomi)
Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Musa. Seorang yang mahir dalam bidang matematik, astronomi dan geografi. Penyusun risalah kecil di bidang arithmetik, yang dianggap sebagai yang pertama dalam bidang ini. Seorang yang berfikiran ke hadapan dalam bidang matematik dan algebra. Jasa beliau terhadap keilmuan Islam dan barat tidak dapat dinafikan. Mendapat gelaran sebagai ahli matematik terulung pada zaman tersebut.

Auzaie Rusydi (Nama ulama/kecerdikanku)
Auzaie merupakan nama imam mujtahid mutlak. Ia merupakan seorang ulama yang mampu memahami, mentafsir dan mengeluarkan terus hukum-hakam dari al-Quran dan Hadis. Hanya anak yang cerdik dan pintar otaknya sahaja yang mampu mendalami ilmu-ilmu al-Quran.

Azka Azfar (Semakin maju/yang berjaya)
Memang harapan ibu bapa ingin melihat anak mereka sentiasa berjaya dalam membina kehidupan mereka.

Azmi Azhar (Cita-citaku/yang gemilang)
Manusia yang mempunyai matlamat hidup, akan mudah menentukan arah ke mana hendak dituju. Begitu juga seseorang yang mempunyai cita-cita, akan mengejarnya hingga berjaya dan gemilang.

Abrisam Abbasy (Tampan/rajin berusaha)
Anak bukan sahaja berwajah tampan, malahan seorang yang rajin berusaha. Rajin mencuba dalam meningkatkan prestasi dirinya dari hari ke hari.

Azman Hammam (Ketetapan/yang mempunyai kemahuan kuat)
Seorang yang mempunyai kemahuan yang kuat selalunya akan berjaya dalam lapangan hidupnya. Kejituan dan kemantapan hati seseorang menjadikan dia seorang yang tetap berpendirian. Tidak mudah goyah atau terpengaruh dan dipengaruhi oleh orang lain. Anak beginilah yang diharapkan sebagi bakal pemimpin pada masa akan datang.

Ariq Ulwan (Baik budi/tinggi)
Nama yang dimiliki, memberi peluang kepadanya untuk mencapai ketinggian budi pekerti. Jika ibu bapa berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik akhlak yang mulia kepada anak, insya-Allah ianya akan menghasilkan sesuatu yang memberangsangkan.

Afham Sadiq (Yang pandai/yang benar)
Menempuh zaman yang serba mencabar ini, anak-anak perlu dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Ilmu merupakan kuasa yang sangat berpengaruh dalam diri seseorang. Ilmu yang benar akan memimpin seseorang ke jalan yang kebenaran dan juga kejayaan hidup

Adwai Saadi (Cahaya/kebahagiaanku)
Anak merupakan cahaya mata yang sangat diidamkan. Jika kita dikurniakan dengan anak-anak, akan menambahkan lagi kebahagiaan mahligai rumah tangga. Justeru jagalah amanah dari Allah ini dengan sebaik-baiknya.

Arfan Sulaiman (Mengetahui)
Seorang yang bijak dalam membuat pilihan. Sangat mementingkan ilmu pengetahuan dari harta benda, menjadikannya seorang yang berpengetahuan luas. Sangat berhemah dalam memberi pandangan atau pendapatnya.

B
___________________________________________________
Bazil Amin(Yang pandai/yang amanah/yang dipercayai)
Amin bererti orang yang amanah dan boleh dipercayai. Selain anak menjadi pandai, ia juga seorang yang boleh dipercayai dalam menjalankan tugas atau tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Bazli Hadif (Kepakaranku/yang punya matlamat)
Pada abad ke-21 ini, kita memang mengharapkan pakar-pakar yang berkualiti tinggi untuk membangunkan negara. Seorang yang menjadi pakar dalam sesuatu bidang pasti akan mencapai kejayaan. Seorang yang pakar sangat arif dan punya matlamat untuk membina masa depannya sendiri.

D
______________________________________
Dhia Muhyiddin (Sinaran/yang menghidupkan agama)
Anak yang mampu menghidupkan dan mengamalkan agama dalam kehidupannya. Menguasai pelbagai ilmu pengetahuan untuk membawa sinar dalam kehidupan. Agama menjadi pegangan yang kukuh di dalam kehidupan. Maka, dia tidak mudah goyah dengan godaan dunia yang datang menggoda.

Danish Danial (Berpengetahuan/bijak/nama nabi)
Anak menjadi seorang yang luas ilmu pengetahuannya dan bijak dalam menangani segala ujian hidup yang penuh dengan liku-liku ini. Danial merupakan nama salah seorang nabi yang pastinya mempunyai akhlak-akhlak yang terpuji dalam dirinya.

F
______________________________
Fakhir Fahmi (Yang baik/pemahaman)
Anak yang suka kepada kebaikan. Malahan membuat kebaikan dengan kefahaman ilmu pengetahuan yang luas yang terdapat di dalam mindanya. Kebaikan yang ada pada dirinya dapat dimanfaat oleh masyarakat setempat.

Farid Asraaf (Yang istimewa/tiada bandingan/mulia)
Sesiapa yang memiliki nama ini memang mempunyai banyak keistimewaannya. Antaranya memiliki tubuh badan yang sihat, cantik dan mudah didekati dalam komunikasi sesama masyarakat. Dengan memiliki hati yang mulia, ia mudah diterima oleh sesiapa yang berurusan dengannya.

Firas Faiq (Kecerdikan/yang unggul)
Anak cerdik sangat diperlukan pada zaman yang sangat sengit kepada persaingan diri ini. Malahan bukan sahaja cerdik tetapi menjadi unggul dalam memenangi persaingan hidup dari segala segi.

Fakhriy Fasyin (Keagungan/yang tersiar)
Semua ibu bapa memang mengharapkan anak yang berjaya dalam hidup. Begitu jugalah dengan nama ini. Apa yang diharapkan anak menjadi seorang yang berjaya dan membawa kecemerlangan dalam hidupnya. Apa-apa kejayaan yang dimiliki akan tersebar pula untuk diconttohi oleh manusia lainnya.

Faid (Yang tetap, yang berhasil)
Bukan mudah untuk mendidik anak menjadi seorang yang tabah untuk berusaha sesuatu hingga berjaya. Tidak mudah untuk berhenti berusaha selagi tidak mendapat hasil sesuatu perkara. Anak ini mempunyai hati yang teguh dan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk membuahkan sesuatu yang diusahakannya.

H
___________________________________________
Hafiz Juhair (Penghafaz/suara nyaring)
Anak yang mempunyai kelebihan menghafal dengan mudah dapat menguasai mata pelajaran di sekolah. Semoga anak menjadi orang yang petah dalam berkata-kata serta berani menyampaikan kebenaran dengan lantang. Orang yang petah dalam berkata-kata merupakan suatu modal yang besar untuk lebih ke hadapan sebagai pemimpin yang disegani.

Hail Hadi (Yang disegani/yang memimpin)
Memang menjadi impian ibu bapa untuk melihat anaknya menjadi pemimpin, apa lagi jika ia seorang lelaki. Semoga anak menjadi pemimpin yang disegani kerana kewibawaannya dan juga berkat impian kedua ibu bapanya.

Hanif Faisal (Muslim yang lurus/pemisah antara hak dan batil)
Semoga anak menjadi orang yang sentiasa berpegang teguh pada agamanya. Tetap pendirian dan berani menegakkan kebenaran di mana jua dia berada. Ingatannya pada Allah dan Rasul tersangat kukuh, menjadikan ia tidak gentar menyatakan pandangan yang bernas dari dirinya.

Hanif Nazmi (Muslim yang teguh/teratur)
Seorang anak yang berjaya ialah teguh pendirian terhadap kebenaran. Hidup penuh dengan disiplin diri tanpa membuang masa dengan melakukan perbuatan yang sia-sia. Ingatlah, dalam mengejar kemajuan diri, seseorang perlu ada pendirian yang teguh dan menjaga disiplin diri dengan penuh kewibawaan.

Hanis Hanzalah (Berani, disegani, dihormati)
Anak membesar dengan keberanian untuk menegakkan kebenaran. Agar diri sentiasa dihormati kerana keberanian yang dimilikinya. Bukan senang mendidik anak untuk bersuara tentang kebenaran. Ianya perlu dilakukan penuh keikhlasan tanpa ada rasa kepentingan diri sendiri.

Hisyam Naufal (Murah hati, dermawan)
Seorang yang dermawan sangat disenangi oleh orang lain. Ada ketikanya masyarakat memerlukan orang-orang yang dermawan bagi membina kemajuan umat. Di sinilah fungsinya orang kaya membantu sesiapa yang kurang berkemampuan. Apatah lagi jika si anak murah hati dalam melakukan kerja-kerja kebaikan.

Husni Husaini (Indah/kebaikanku)
Orang yang suka kepada keindahan dan kebaikan diri. Sangat prihatin terhadap orang lain. Boleh memberi khidmat kepada masyarakat kerana sikapnya yang suka kepada keindahan dan kebaikan ini.

Hazlam Husain (Ketangkasan/benteng pertahanan)
Anak lelaki memang diharapkan untuk menjadi seorang yang tangkas dan berani mengharungi pelbagai cabaran hidup di dunia ini. Seorang yang memiliki jiwa yang kuat dan tabah. Justeru, dia mempunyai pertahanan diri yang kuat sebagai benteng kehidupan.

Harish Hannan (Yang menginginkan keselamatan/yang mengasihi)
Seorang anak sangat mendambakan keselamatan pada dirinya. Lindungi dan kasihilah anak sepenuhnya dengan memberikan kasih sayang. Anak yang membesar dengan suasana kasih sayang ini akan menceriakan lagi suasana masyarakat. Boleh bergaul dan bermesra dengan kawan-kawan dengan pendekatan yang positif.

Hakimi (bijaksana)
Seorang anak yang bijaksana dalam mengatur kehidupannya. Bijak bukan sahaja pada pelajaran akademik tetapi juga pada ilmu-ilmu agamanya. Barulah hidup menjadi seimbang. Ilmu dunia dan di akhirat digabungkan bersama untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

I
________________________________________________
Irfan Kamal (Yakin pada diri/kesempurnaan)
Keyakinan diri amat penting dalam kehidupan seseorang. Sesuatu pekerjaan tidak akan berjaya diselesaikan, jika tidak ada keyakinan diri untuk melakukannya. Nama ini sangat penting agar diri seseorang memiliki sifat kenyakinan terhadap diri sendiri dalam membentuk kesempurnaan hidupnya.

Iqbal Ihsan (Kejayaan/kebaikan)
Nama ini kebiasaannya akan menjadi terkenal dengan perkara-perkara kebaikan yang dimiliki oleh dirinya. Semoga anak berjaya dalam memberi sumbangan yang berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat dengan kebaikan dan kejayaan yang dicapai oleh dirinya.

Imran Ihtisyam (Kehebatan, budi bahasa)
Kehebatan budi bahasa, nampaknya semakin berkurangan di kalangan anak-anak dewasa kini. Nama ini sesuai dipilih, untuk memantapkan budi bahasa yang tinggi di kalangan anak-anak. Sejuk mata ibu bapa yang memandang anak yang menjaga budi bahasanya di hadapan kedua orang tua.

Irsyad Ilham (Petunjuk/isyarat yang baik)
Mendidik anak ke arah kebaikan pada zaman yang serba mencabar ini sangat memerlukan kesabaran ibu bapa. Suasana sekitar boleh memberi kesan jika ibu bapa tidak berhati-hati dan teliti dalam menangani permasalahan ini. Semoga anak yang memiliki nama ini akan terus teguh dan kukuh dengan segala kebaikan yang terdapat pada namanya.

Ismat Imran (Kekuatan menjauhi maksiat/nama ayahanda Maryam)
Seorang yang sangat tabah dalam menjalani kehidupan. Kuat dalam menghadapi ujian hidup dan seorang yang penyabar. Tidak peliklah jika dia mampu menahan dirinya daripada mudah terjebak dalam perkara-perkara kemaksiatan.

Isyraf Imran (Ketinggian/budi bahasa)
Semoga anak yang diberi nama ini akan memiliki ketinggian budi pekerti.

Izzat Hidayat (Kemuliaan/petunjuk)
Semoga Allah sentiasa memberi kemuliaan dalam memberi petunjuk untuk melalui jalan-jalan yang diredai oleh Allah.

Iyad Iskandar (Sokongan kekuatan/nama seorang raja)
Nama ini memang terkenal dengan seseorang yang mempunyai keazaman dan keyakinan diri yang kuat. Ia juga terkenal dengan sifat kepimpinan yang tinggi.

Izzul Hanis * Izzul Hanif (Kemuliaan/ Berani, warak * Kemuliaan/ Yang lurus)
Anak kembar yang dilahirkan ini, diharapkan dapat memenuhi dan meneruskan kemuliaan atau maruah ibu bapanya hingga ke akhir hayat. Hidup dengan menjaga maruah atau kehormatan budi pekerti, menjadikan diri disegani dan dicontohi oleh masyarakat. Anak-anak beginilah yang diharapkan. Berani kerana kebenaran dan tidak mudah terpengaruh dengan prinsip hidup yang salah.

J
___________________________________________
Jalal Jazlan (Kemuliaan, keagungan/gembira, riang)
Anak bukan sahaja memiliki kemuliaan dan keagungan diri, namun kegembiraan yang ada pada dirinya, menjadikan dia selalu memiliki motivasi diri untuk maju ke hadapan menghadapi persaingan.

Jazlan Syazwan (Gembira/kecergasan)
Anak yang sihat dan cergas, dapat menggembirakan hati kedua ibu bapanya. Badan yang sihat dan cergas lebih disukai oleh Allah berbeza dengan orang yang lemah dan malas. Otak yang cerdas juga datang dari badan yang cergas dan sihat.

Jaris Jauhari (Kurnia Tuhan/permataku)
Anak merupakan harta kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya di dunia ini. Jadi, didiklah mereka sesempurna yang mungkin untuk menjadikan mereka sebagai insan cemerlang. Anak-anak adalah umpama permata, yang mesti kita gilap dan kilatkan setiap hari untuk mendapatkan sinarnya.

Jufri Junaidi (Keluasan/tentera)
Seorang yang mempunyai disiplin diri yang kuat. Tegas, berani dan mempunyai kekuatan jiwa yang kukuh. Memiliki sifat kepimpinan yang tinggi, membolehkan dia menjadi pemimpin yang baik suatu masa kelak. Juga seorang yang tidak mudah putus asa apabila berhadapan dengan kegagalan.

K 
_____________________________________________
Khairul Ikhwan (Persaudaraan yang baik)
Diharapkan dengan nama yang dimiliki ini anak dapat mengekalkan persaudaraan yang baik terutamanya sesama adik beradik. Walaupun bergelar adik beradik ada kalanya hidup bermusuhan, saling berdengki dan sebagainya. Semoga nama yang dipilih itu dapat mengekalkan tali persaudaraan sesama adik beradik. Hidup boleh tolong-menolong dari kecil sehinggalah dewasa. Alangkah bahagianya ibu bapa apabila memiliki anak-anak yang sangat menjaga hubungan ikatan tali persaudaraan.

L 
___________________________________
Lukman Hakim (Nama nabi, bijaksana)
Selain merupakan nama nabi, nama ini memberikan makna bijaksana.

Lais Arsalan (Berani/singa)
Keberanian seorang anak lelaki memang menguntungkan keluarga. Seorang anak lelaki dijadikan harapan untuk menjadi pembela dan menaungi ibu bapanya di kala kesusahan

M
__________________________________________
Mahadhir Madan (Melaporkan kebaikan/kemajuan)
Nama yang cukup sinonim kepada orang yang suka kepada kebaikan dan kemajuan. Bukan sahaja cemerlang untuk dirinya sahaja tetapi boleh memimpin orang lain ke arah kemajuan dan kejayaan diri.

Mahmud Muhsin (Terpuji/yang membuat kebaikan)
Semoga anak memiliki akhlak-akhlak yang terpuji dan mudah melakukan kebaikan. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan itu dapat pula memberi contoh teladan yang baik kepada orang lain.

Muhammad Hasib (Keturunan mulia)
Berdoalah agar anak menjadi baik dengan mengekalkan keturunan yang mulia. Adanya keturunan yang mulia, moga-moga anak juga turut mengekalkan generasi orang-orang yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Munif Mubarak (Tinggi kedudukannya/yang diberkati)
Semoga anak menjadi orang yang tinggi kedudukannya di tengah masyarakat. Bukan sahaja menjadi orang yang dikenali malahan mendapat keberkatan dalam hidupnya. Keberkatan hidup yang diperolehnya menjadi contoh pula kepada orang lain untuk sama-sama membina masyarakat yang aman dan makmur.

Mulhim Mukhtar (Pemberi inspirasi/yang terpilih)
Mudah melahirkan idea-idea yang bernas dalam penulisan.

Muhammad Hafiz (Yang terpuji/hafal)
Seorang anak yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Jadi, ibu bapa perlu memupuk bakat ini untuk lebih memajukan dirinya terutama dalam bidang pelajaran. Bimbinglah anak untuk menjadi seorang

Miftah Aflah (Kunci/lebih berjaya)
Anak yang diharapkan untuk meraih kejayaan dalam setiap apa yang diceburi atau yang diminatinya. Sesungguhnya kunci kejayaan telah berada di dalam genggaman. Ini bersesuaian dengan nama yang dimilikinya. Terpulanglah kepada kedua ibu bapa untuk mendidik anak tahu menggunakan setiap peluang yang berada di hadapan mata.

N
___________________________________________
Naim Zuhair (Kesenangan/cemerlang)
Anak yang memiliki nama ini diharapkan menjadi orang yang berada dalam kesenangan dengan apa-apa jua bidang yang diceburinya. Bukan sahaja kesenangan diri yang diharapkan malah diiringi dengan kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang yang diusahakan.

Najib Nabihan (Keturunan yang mulia, masyhur)
Mengekalkan keturunan yang mulia lagi dihormati bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya perlu kepada perjuangan yang bersungguh-sungguh dalam mendidik anak, tanpa ada rasa jemu dan penat. Semoga anak ini mampu untuk memasyhurkan generasinya ke arah kecemerlangan diri.

Nasir Asfa (Pertolongan/yang suci)
Anak yang berbudi tidak akan membiarkan ibu bapa di dalam kesusahan. Bila dewasa, anak ini akan sentiasa menolong ibu bapa dengan hati yang suci tanpa meminta balasan. Sesuailah dengan namanya yang bererti pertolongan.

Nabil Najmi (Yang cerdik/bintangku)
Memiliki anak yang cerdik seumpama memiliki sebutir bintang yang bergemerlapan di malam hari. Anak yang cerdik akan memperolehi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk digunakan dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup.

Nizam Muazzam (Peraturan/dihormati)
Anak yang hidup penuh dengan disiplin diri mampu menjadi pemimpin yang disegani. Hidup berdisplin pun akan memudahkan seseorang untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Prinsip hidupnya ialah masa itu emas. Maka, menjaga masa itu adalah penting bagi anak yang mempunyai peraturan hidup.

Nuaim Nukman (Nikmat/kebaikan)
Fitrah anak semasa dilahirkan sememangnya penuh dengan kebaikan. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk terus mendidik segala kebaikan itu. Jika ini menjadi pegangan kedua-dua ibu bapa, insya-Allah anak tidak akan mudah terjebak dengan perkara-perkara negatif yang berada di sekelilingnya. Nikmat kebaikan yang terdapat pada diri anak akan dirasai nikmatnya oleh ibu bapa juga.

Nur Fadhilah (Cahaya/kemuliaan, kelebihan)
Anak menjadi penyejuk mata hati kepada ibu bapa dengan kelebihan-kelebihan yang dimiliki. Seorang yang lemah lembut, bijak dan pandai mengatur bicara semasa berkomunikasi.

R
_____________________________________________
Rais Afham (Ketua/yang pandai)
Seorang anak lelaki memang diharapkan menjadi ketua dan seorang yang pandai, sebagai pewaris keluarga. Semoga nama ini menjadi kenyataan untuk melihat anak menjadi pemimpin atau ketua dan pandai dalam mengatur kehidupan dan dapat mencapai kejayaan hidupnya.

S
_____________________________________________
Syahmi Syihabuddin (Mulia, bijak, berani/bintang agama)
Anak yang memiliki nama ini kelihatan cergas, pintar dan memiliki sifat kepimpinan. Suka kepada kebaikan, sekali gus boleh memberikan contoh yang baik dalam pergaulannya.

Syazwi Salihin (Keharumanku, yang baik)
Harum di sini membawa erti seorang anak yang dapat membuahkan budi pekerti yang baik dan menggembirakan kedua ibu bapanya.

Syukri Kamil (Kesyukuranku/sempurna)
Anugerah anak kepada sepasang suami isteri, sebenarnya suatu kurniaan Allah yang tiada bandingannya. Rasa kesyukuran dilahirkan dengan penganugerahan cahaya mata yang sangat bernilai ini dan bersyukur atas segala pemberian Allah.

Syarif Syamil (Mulia/menyeluruh)
Anak yang diharapkan untuk menjadi manusia yang mulia di kemudian hari. Berjaya dalam meraih kejayaan dalam hidupnya. Berjaya menjadi orang yang pandai dan tahu menjaga maruah diri. Sentiasa menjaga diri agar tidak terlibat dengan sesuatu perkara yang boleh merosakkan diri sendiri dan juga nama baik keluarga.

U
__________________________________________
Umar Al Faruq (Yang memakmurkan/pembeza antara benar dan salah)
Selain merupakan nama kepada salah seorang sahabat Rasulullah, ia juga adalah salah seorang Amirul Mukminin yang empat. Nama ini memang terkenal dengan wataknya yang berani dalam memperkata dan memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Sememangnya ia layak untuk menjadi seorang pemimpin yang terkemuka pada suatu hari kelak.

Ulwan Ukail (Ketinggian/pintar)
Nama yang agak istimewa. Seistimewa orangnya yang memiliki keperibadian yang agak menakjubkan. Seorang anak yang memiliki kepintaran untuk menggapai kegemilangan dan kecemerlangan dirinya.

Umar Mukhtar (Nama sahabat Rasulullah/terpilih)
Seorang lelaki yang sangat teguh pendiriannya. Berani dalam mempertahankan kebenaran. Pemimpin yang sangat ditakuti dan digeruni oleh pihak musuh. Sentiasa di hadapan dalam menegakkan kebenaran, tanpa ada perasaan takut dan gentar di hati. Sesungguhnya anak yang begitu sangat diharapkan untuk membela agama, bangsa dan negara tercinta.

W
_______________________________________________
Wasim Wafiq (Kacak/berjaya)
Anak yang segak dan kacak, akan menyenangkan hati ibu bapa. Apatah lagi jika anak memiliki akhlak yang baik, sebaik dan secantik wajah yang ada padanya. Setidak-tidaknya, ini sebagai saham untuk menjadikannya seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupan ini.

Wisam Wafi (Bintang kehormatan/sempurna)
Ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak yang berjaya. Nama ini sesuai untuk diberikan kepada anak yang kehidupannya bakal dihormati, insya-Allah. Mungkin sesuatu kepakaran yang dimilikinya, menyebabkan ia boleh mengwujudkan sesuatu yang ideal dalam kehidupannya. Lantas menggunakan kelebihan dan kesempurnaan dirinya ke arah kebaikan.

Y
_______________________________________________
Yamin Yatimi (Yang berkat/yang sangat berharga)
Anak yang berkat juga merupakan rezeki yang bertuah kepada ibu bapa. Berkat ertinya ialah perkara yang bertambah. Semoga anak yang memiliki nama ini, akan mempunyai keberkatan di segala sudut. Mungkin pada rezeki, ilmu, usia dan juga perkara-perkara baik yang lainnya

Z
_____________________________________________
Zaim Nazif (Pemimpin/yang bersih)
Lahirlah anak yang bakal menjadi pemimpin yang bersih daripada segala segi. Bersih, cekap dan amanah untuk bangsa, agama dan negaranya.

Zawir Zakwan (Ketua,yang cerdik, yang harum)
Semoga anak menjadi seorang ketua dan pemimpin yang cerdik untuk mengharumkan nama ibu bapanya pula.

Zuhair Zulkifli (Yang tenang/sanggup)
Nama ini merupakan orang yang sanggup dan mampu melakukan perkara-perkara kebaikan dalam menunaikan perintah-perintah Tuhan. Menjadi orang yang sabar dan tabah menongkah arus kehidupan. Orang yang berwatak tenang, sabar itulah yang sanggup untuk berhadapan dengan dunia yang semakin maju dan penuh cabaran ini.

Zul Hasni (Yang mempunyai kebaikan dan kecantikan)
Selain mempunyai akhlak-akhlak yang baik dalam dirinya, ia juga memiliki kecantikan pada wajahnya. Sempurna pada fizikal dan akhlak.

Zu Syimalain (Nama sahabat Rasulullah)
Orang yang gagah berani untuk melawan pihak musuh dan mempertahankan agama Islam. Keberaniannya menyebabkan ia merupakan salah seorang pahlawan yang mati syahid dalam Perang Badar. Keberanian ini yang perlu dipupuk untuk memperjuangkan kebenaran dalam mencari keredhaan Tuhan.

---------------------------------------------------------------
KOLEKSI NAMA BAYI PEREMPUAN
A
_____________________________________________
Adibah Aida (Berpengetahuan/keberuntungan)
Anak yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi bukan sahaja menguntungkan kedua ibu bapa, tetapi menguntungkan dirinya sendiri. Apa-apa jua kejayaan yang hendak dicapai sama ada pada dunia dan akhirat, mestilah dengan ilmu pengetahuan. Beruntunglah kepada anak-anak yang tinggi ilmu pengetahuannnya.

Alani Fatini (Ketinggian/bijaksana)
Seorang anak yang bijaksana senang dididik dan senang untuk memahamkan mereka dalam banyak aspek. Kefahaman mereka untuk menangkap apa-apa yang ingin disampaikan sangat tangkas. Ibu bapa hanya perlu untuk bercakap sedikit, tetapi anak mudah ingat dan tahu apa yang dimaksudkan.

Ahlam Fakhira (Paling sempurna/termashyur)
Pada zaman yang serba mencabar ini, untuk mendidik anak ke arah kesempurnaan diri memang merupakan satu cabaran. Lihatlah di luar sana, berapa ramai anak-anak yang kecundang menjadi mangsa dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Memberikan nama ini, semoga anak sempurna pada zahir dan batin, menjadi termasyhur dengan kesempurnaan diri yang dimilikinya.

Alya Adriana (Ketinggian, nisbah)
Semoga anak ini menjadi orang yang sangat suka melakukan kebaikan yang tiada henti nisbahnya.

Alya Jazilah (Ketinggian/bijak bercakap)
Kelebihan ataupun ketinggian anak ini terletak kepada petahnya dalam berkata-kata. Anak yang bijak bercakap juga merupakan suatu kelebihan dirinya untuk berjaya dalam hidup. Semoga anak menjadi orang yang bijak dalam berkata-kata dan mengamalkan apa yang diperkatakan.

Amirah Hazirah (Puteri/pilihan yang terbaik)
Pilihan nama yang sangat baik untuk diberikan kepada seorang anak perempuan. Kelebihan anak perempuan ialah lebih peka dan mudah menolong kesusahan ibu bapa. Hatinya lebih sensitif dalam menangani dan menangkap emosi ibu bapa. Anak beginilah yang diletakkan harapan untuk mengenang jasa ibu bapa apabila ia dewasa kelak.

Ani Syazwani (Kesopanan/keharumanku)
Anak yang terkenal dengan kesopanan memang menjadi idaman kedua ibu bapa. Tiada gunanya anak yang berjaya tetapi selalu menyakitkan hati. Biarlah nama ini menjadi harum kerana kesopanan diri yang dimilikinya dan pandai pula menjaga hati ibu bapanya. Bak kata pepatah "sejuk mata memandang" bila melihat anak yang hidupnya penuh dengan adab sopan.

Anis Syafiqah (Mesra/baik hati/penyayang)
Seseorang yang berwatak mesra, mudah untuk bergaul sesama masyarakat. Hatinya bersih daripada sifat sombong dan takabur. Sifat-sifatnya yang begitu, menyebabkan orang lain menyayanginya. Tumbuh menjadi seorang yang mesra dan mudah didekati. Ia juga seorang yang baik hati dan menyayangi orang lain dengan penuh keikhlasan tanpa berpura-pura.

Atiqah (Yang mulia/yang dipilih)
Seorang yang jelita pada wajah dan juga budi pekertinya. Memiliki budi pekerti yang elok dan merupakan seorang yang lemah lembut. Peribadinya berakhlak. Selain merupakan nama kepada para sahabat Rasulullah, Atiqah juga bermakna mulia dan terpilih.

Azyan Jalilah (Perhiasan/yang mulia)
Adakalanya ibu bapa mengeluh bila melihat anak yang susah untuk mendengar kata. Apatah lagi untuk menghormati orang tua. Dikurniakan anak yang soleh merupakan perhiasan yang mulia dan dapat menghiburkan hati ibu bapa.

Aliyah Afifah (Wanita yang tinggi/yang sopan)
Wanita akhir zaman, selalu dikaitkan dengan kehilangan sopan santun dan juga budi pekerti yang baik. Namun, bukan zaman yang silap tetapi sebenarnya pendidikan yang diberikan oleh ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak. Biarlah zaman berubah kemodenannya, tetapi seorang wanita tetap tinggi dengan kesopanan dan budi pekerti baik yang dimiliki.

Aisyah Aqilah * Aisyah Afiqah (Hidup bahagia/ Cerdas, pandai * Sangat berpengetahuan)
Ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak hidup bahagia. Doa yang berpanjangan sentiasa dipanjatkan demi kebahagiaan anak. Pastinya ibu bapa boleh bergembira bila anak-anak kembarnya cerdas dan sangat berpengetahuan. Merekalah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan generasi akan datang. Generasi yang bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan yang luas, malahan tinggi pula budi pekertinya.

D
___________________________________________
Damia Lutfiah (Kebijakan, kelembutan)
Anak bukan sekadar bijak tetapi memiliki kelembutan yang menawan hati sesiapa yang memandangnya. Bijak dalam mengatur hidup, lembut dalam ketegasan. Tidak mudah diperdayakan oleh sesiapa yang ingin mempermainkan dirinya.

Dayana Batrisya (Gagah perkasa/cerdik/pintar)
Seorang yang memiliki nama ini akan menjadi terkenal, berjaya dalam apa bidang yang diceburinya. Hatinya cekal dan gagah dalam membina dan mengejar kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Sifat-sifat baik yang dimilikinya, memudahkan ia membina karisma diri.

Dalili Fahimah (Pemimpin/yang bijak)
Ibu bapa memang mengharapkan anak yang bijak dan berkebolehan dalam memimpin. Generasi beginilah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan demi kebaikan bangsa, agama dan negara.

Dhia Syarafana (Cahaya/kemuliaan)
Anak yang dididik dengan penuh disiplin sewaktu kecilnya, akan menjadi orang yang tahu menghargai masa dan menghargai diri sendiri. Pekerjaan yang tidak memberi manfaat akan dijauhi sedaya mungkin. Hasilnya, melahirkan sesuatu yang mulia untuk dijadikan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

Diyanah (agama)
Nama yang cukup sinonim dengan kecantikan wajah yang selalu dimiliki oleh pemiliknya. Mungkin orangnya putih, berseri dan apa sahaja yang cantik pada dirinya. Di sebalik nama yang sedap didengar ini, sebenarnya ia bererti agama. Agama pastinya yang berkait rapat dengan kesucian dan juga kebersihan. Semoga anak pandai menjaga kebersihan dan kesucian dirinya sebagai seorang wanita yang solehah.

F
________________________________________
Fathiah (Kemenangan)
Nama ini umumnya nampak ringkas sahaja. Namun, ia mempunyai pengertian yang sangat luas. Sesuai dengan ertinya yang membawa maksud kemenangan. Semoga anak sentiasa mencapai kemenangan di dalam setiap cabaran dan persaingan yang dihadapinya.

Fathinah Uzma (Bijaksana/terbaik)
Anak yang memiliki nama ini, mempunyai motivasi diri, tangkas berfikir dan cepat memahami sesuatu perkara. Petah dan bijak berkata-kata.

Fatin Sahira (Menarik/mempesonakan/memikat hati)
Seorang anak yang lincah dan mempesonakan mata yang memandang. Apa lagi jika ibu bapa dapat mendidiknya menjadi anak yang baik. Lebih dapat memikat hati dengan akhlak baiknya. Itulah penghibur dan permata hati ibu bapa.

Faiqah Faqihah (Paling baik/pintar)
Seorang anak yang diharapkan kebaikan daripada dirinya. Kebaikan yang ada pada dirinya menyebabkan ia disukai oleh kawan-kawan dan dapat memberikan contoh teladan yang baik pada masyarakat sekeliling. Pintar dan pandai berdikari dalam mengurus dan mengatur program kehidupan diri.

Fakhirah Shakila (Kebanggaan/cantik)
Kecantikan yang ada pada anak bukanlah untuk dijadikan bahan kebanggaan. Malahan kecantikan itu lebih bererti sekiranya disertai dengan cantiknya budi pekerti yang dididik oleh kedua-dua ibu bapa. Biarlah anak memiliki kecantikan zahir dan juga pada batinnya. Berwajah cantik menjadikan anak lebih patuh dan tunduk terhadap Tuhan yang menciptakannya. Bersyukur selalu sebab Allah melebihkan wajahnya.

Fatin Afifah (Menarik perhatian, yang sopan)
Tiada yang lebih berharga bagi ibu bapa yang memiliki anak perempuan yang sopan. Baik budi pekerti, sangat menjaga tutur kata dan pandai menjaga diri ketika bergaul dengan kawan-kawan. Sesiapa yang memandang tertarik dengan sikap dirinya yang boleh bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.

Firas Wafiyyah (Pandangan yang tajam/sempurna)
Bukan mudah mendidik anak untuk menjadi anak yang baik, apa lagi untuk menghasilkan anak yang cemerlang. Mempunyai pandangan yang tajam, hasil dari ilmu pengetahuan yang diperoleh. Semuanya memerlukan kesungguhan dan pengorbanan yang bukan sedikit. Malahan perlu pula kepada usaha yang berterusan, bukan hanya didapati dengan berimpian semata-mata.

Fatin Khadijah (Bijaksana)
Seorang wanita yang terkenal dengan kepintarannya dalam perniagaan. Kaya raya dan berharta, tetapi tidak ada sifat sombong dan angkuh pada dirinya. Wanita yang sangat setia kepada suami. Dia seorang yang mempunyai daya tarikan yang kuat dan seorang yang berpengaruh.

H
________________________________________________
Hana Humaira (Rezeki tanpa kepayahan/yang berpipi merah)
Memang ada anak-anak yang rezekinya sentiasa cerah. Selalunya anak yang begini orang kata nasibnya untung dan baik. Ada-ada sahaja yang menyebabkan rezekinya sentiasa ada dan berpanjangan. Anak yang begini hidupnya selalu dipenuhi dengan keriangan dan kekayaan.

Hana Khalilah (Rezeki tanpa kepayahan/kesayangan)
Anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada ibu bapa. Didiklah anak dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Hidup yang penuh dengan kasih sayang akan memudahkan anak membina kehidupan yang lebih bahagia dan cemerlang pada masa depannya.

Hani Mastura (Tenang/yang terpelihara)
Semoga ketenangan sentiasa terpelihara di dalam sesebuah rumah tangga bila ada anak yang memiliki nama ini. Ketenangan hidup juga bererti kebahagiaan hidup. Fitrah manusia memang suka pada ketenangan.

Huda Khalidah (Petunjuk yang benar/yang abadi)
Dalam menempuh arus kehidupan yang serba maju ini, ada manusia yang terlalai dan tersasar dalam mencari jalan kebenaran dan kebahagian hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini mendapat petunjuk yang benar untuk membina kehidupannya. Petunjuk yang benar dan kekal abadi hingga ke akhir hayatnya.

Hani Khalilah (Yang mengucapkan selamat/kesayangan)
Semoga anak yang dianugerahkan sentiasa selamat dan merupakan kesayangan setiap insan.

Husna Afifah (Kebaikan, mempunyai harga diri)
Melihat remaja perempuan hari ini (segelintirnya), takut menerpa diri. Mereka seolah-olah hilang rasa maruah diri. Nama dan didikan yang baik akan dapat menghindari segala keburukan yang ada.

Husna Farihah (Yang cantik, sukacita)
Kecantikan dan kegembiraan merupakan impian setiap insan. Moga-moga anak yang memiliki nama ini sentiasa ceria dan memeriahkan suasana rumah tangga.

I
____________________________________________
Iffah Huriyyah (Suci terpelihara/bidadari)
Alangkah bertuahnya ibu bapa yang boleh mendidik anak perempuannya tahu menjaga dan memelihara maruah diri. Melihat fenomena masyarakat sekarang, segelintir remaja perempuan hilang malu dalam menjaga akhlak diri mereka. Melepak, merokok, pergaulan bebas menjadi kebiasaan hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini terhindar daripada perkara-perkara sedemikian, sesuai dengan namanya yang suci lagi terpelihara.

Irdina Ilmuna (Kehormatan kami/pengetahuan kami)
Semoga anak dididik untuk mengejar ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebarang kejayaan yang hendak dicapai, ia memerlukan ilmu pengetahuan, apa lagi dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini. Orang yang berilmu pengetahuan, apa lagi kalau berakhlak, dia akan dihormati oleh orang lain.

Izzah Insyirah (Kemuliaan/kegembiraan, lapang hati)
Semoga anak yang dilahirkan memiliki perbadi mulia. Akhlak-akhlak baik yang dimilikinya mampu menggembira dan menjadi penghibur kepada kedua ibu bapa yang telah mendidiknnya menjadi manusia yang berguna pada dunia dan akhiratnya.

Izz Zayani (Kekuatan/yang cantik)
Kehadiran anak yang dinantikan telah tiba untuk memberi kekuatan dan kegembiraan terhadap kedua ibu bapanya. Wajah anak yang comel dan cantik itu, sangat menghiburkan. Kepada ibu bapa, tanamkan azam untuk mendidik anak menjadi lebih cemerlang pada dunia dan akhiratnya.

J
_______________________________________
Jauza Kamilia (Nama bintang/pokok yang menghijau)
Semoga kehidupan anak dipenuhi dengan kejayaan, seumpama cahaya bintang yang berkelipan di malam hari. Kejayaannya itu pula mampu memberi sinar dan manfaat kepada orang lain, terutama ibu bapa dan masyarakat.


Julia Malihah (Berambut panjang/cantik)
Anak yang cantik pasti menjadi pilihan kepada ibu bapa. Bukan sahaja cantik pada tubuh badannya malahan pada budi pekertinya juga. Anak perempuan elok kalau berambut panjang, sesuai identitinya sebagai seorang wanita.

K
__________________________________________
Kautsar Kamilah (Nikmat yang banyak/yang sempurna)
Anak merupakan nikmat dikurniakan Allah kepada umat-Nya. Sempurnalah sebuah perkahwinan yang dilengkapi dengan kehadiran cahaya mata yang menghiburkan. Kesempurnaan itu alangkah baiknya jika ibu bapa lebih menundukkan diri kepada Tuhan yang menciptakan semuanya dan benar-benar mendidik anak agar menjadi anak yang soleh dalam menjaga akhlaknya sesama manusia dan Tuhannya.

Khairul Syifa (Kebaikan/penawar)
Nama anak perempuan ini akan menjadi penawar dan penyejuk hati ibu bapa. Melihat anak yang senang dibentuk dan mudah mendengar kata sememangnya melapangkan dada kepada sesiapa yang melihatnya. Hal ini meninggikan lagi harapan ibu bapa agar anak menjadi orang yang berguna pada agama, bangsa, dan negara.

Khaulah Al Azwar
Terkenal dengan sifat keberanian, kepahlawanan dan ketangkasan dalam menunggang kuda, sehingga namanya tercatat dalam sejarah. Khaulah turut berjuang dalam peperangan di samping kaum lelaki untuk menebus kembali abangnya yang ditawan oleh musuh. Semangat dan keberaniannya yang sangat kental, hingga dapat menyuburkan jiwa perjuangan orang lain pula.

L
_____________________________________________
Laila Madihah (Kekasih, yang terpuji)
Sesuai dengan sifat kewanitaannya, nama ini terpuji dengan akhlak yang menawan. Insya-Allah akan menjadi kekasih yang ideal kepada bakal suami untuk meneruskan generasi-generasi yang akan datang.

Laila Mardhiah (Kekasih/yang disayangi)
Moga-moga anak menjadi orang yang dikasihi oleh Allah. Bila dewasanya pula menjadi isteri yang baik kepada suami dan anak-anaknya.

Lina Nadhirah (Kelembutan/yang berseri)
Semoga anak menjadi wanita yang lemah lembut pada budi pekertinya. Memiliki anak perempuan yang lemah lembut dan bersopan santun, akan menyerikan lagi kehidupan keluarga bahagia.

Liya Zafirah (Yang beroleh kemenangan)
Liya adalah nama anak kepada Nabi Yaakub. Dia merupakan seorang anak yang taat kepada ibu bapanya. Sangat menghormati dan menjaga bapanya yang telah tua. Gabungan nama ini, semoga anak beroleh kemenangan di dunia dan akhirat dengan mendapat keberkatan ibu bapa.
M
___________________________________________
Maznah Muktazzah (Kepujian/mulia)
Anak yang memiliki nama ini, memang akhlaknya terpuji. Suka melakukan kebaikan dan menolong orang yang di dalam kesusahan, tanpa ingin mendapat balasannya. Apa yang dilakukan penuh dengan keikhlasan dan hanya mengharapkan keredaan Tuhan.

Mirrah Almas (Akal yang cerdas/intan)
Kecerdikan akal merupakan suatu anugerah Tuhan yang amat berharga buat seseorang. Akal yang cerdik merupakan segumpal intan yang boleh dicanai menjadi pelbagai permata yang berkilauan dan indah dipandang mata. Pada ibu bapa yang ingin memiliki anak pintar, nama ini bolehlah menjadi pilihan.

Miza Karmila (Berseri-seri/manis)
Wajah anak yang berseri-seri boleh menghilangkan penat lelah ibu bapa yang bekerja seharian. Wajah yang manis dan berseri-seri juga sangat memainkan peranan, terutamanya bila berkomunikasi sesama manusia.

Marsya Maisarah (Subur/kesenangan)
Maisarah ertinya kesenangan. Semoga anak memiliki kesenangan yang berpanjangan untuk menjadi seorang yang sangat berdikari. Tidak sahaja berdikari malahan ringan tangan untuk menolong orang lain yang di dalam kesusahan dan kesempitan.

Muna Mukhlisah (Keinginan/yang ikhlas)
Manusia ramai yang berpura-pura demi kepentingan diri sendiri. Semoga anak yang memiliki nama ini terselamat dari sifat yang demikian. Biarlah keinginan yang ikhlas dalam membuat sesuatu dilakukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Apa-apa jua pertolongan yang diberikan kepada orang lain adalah ikhlas, seikhlas nama yang ada padanya.

Mirrah Nashihin (Akal yang cerdas/pemberi nasihat)
Sesuai dengan namanya yang mempunyai akal yang cerdas, layaklah baginya untuk memberi sesuatu nasihat atau pandangan yang bernas. Idea-idea bagus yang selalu diberikan adalah selaras dengan ketinggian akal yang dimiliki.

N
________________________________________
Najwa Asyilah (Bisikan rahsia/nama yang baik)
Anak yang pandai menjaga maruah diri. Sesuai dengan makna namanya yang baik. Rahsia hati ibu bapa ingin memiliki anak yang sempurna telah tercapai dengan memilih nama ini.

Naqibah (Ketua/fikiran yang tajam)
Di kalangan wanita sendiri perlu ada orang yang mampu menjadi ketua. Berani memperkatakan dan memperjuangkan kebenaran, walaupun ianya pahit. Seorang ketua pastinya memiliki fikiran yang tajam untuk mengupas dan memberi pandangan yang bernas pada isu-isu yang berlaku di tengah masyarakat, untuk kebaikan masyarakat keseluruhannya.

Nawal Atiyah (Memperolehi sesuatu/pemberian)
Anak merupakan satu pemberian Allah yang tidak ternilai harganya. Sesungguhnya laksanakanlah tanggungjawab yang sebaik-baiknya sebagai ibu bapa.

Nawal Najah (Hadiah/kejayaan)
Kegembiraan ibu bapa bila melihat anaknya berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburinya. Ia merupakan suatu hadiah kejayaan yang sukar dilafazkan.

Nur Amalina (Cahaya harapan)
Memang anak menjadi harapan terhadap kedua ibu bapanya. Apa yang diharapkan pastilah sesuatu yang baik untuk masa depan si anak. Didiklah anak dengan bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan yang baik. Semoga harapan ibu bapa menjadi kenyataan, setelah berusaha menunaikan tanggung jawab dalam mendidik anak ini.

Nur Azmina (Cahaya keazaman)
Keazaman adalah satu faktor untuk menjadi seorang yang berjaya. Dengan adanya keazaman akan melahirkan tindakan untuk mencapai apa-apa yang dicita-citakan. Semoga anak yang memiliki nama ini sentiasa di terangi oleh cahaya keazaman untuk memantapkan dirinya sendiri menuju kecemerlangan hidup.

Nur Naqiyah (Cahaya/jernih)
Fitrah anak memang bersih sejak dari kecilnya. Suka kepada kebaikan dan juga kebenaran. Tugas ibu bapa hanyalah memberikan galakan dan rangsangan untuk anak terus mengekalkan kebaikan-kebaikan yang ada dalam diri mereka.

Nurul Iman (Cahaya iman)
Iman merupakan perkara utama dalam kehidupan. Tanpa keimanan yang kukuh, seseorang tidak dapat untuk menyediakan benteng untuk berhadapan dengan arus kemodenan menyelamatkan dirinya mengharungi hidup di zaman yang semakin maju dan berteknologi tinggi ini.

Nurul Nuha (Cahaya kecerdasan)
Semoga anak memiliki otak dan badan yang cergas. Secergas otaknya untuk berfikir ke arah soal-soal kejayaan hidup demi kebahagiaan diri sendiri dan ibu bapa. Anak yang tenang, matang, teliti dan sentiasa berwaspada untuk mencapai kejayaan hidup. Pastinya ibu bapa gembira dan berbangga memiliki anak yang memiliki otak dan akal yang panjang.

Nuri Nazlah (Cahaya/kemenangan)
Seorang anak yang diharapkan dapat memberi cahaya kegembiraan dalam hidup kedua ibu bapanya. Anak yang berupaya mencapai pelbagai kemenangan pada dunia dan juga akhirat.

Nafisah Nazih ((Yang mulia/tidak membuat yang keji)
Bukan mudah untuk mendidik anak menjadi seorang yang mulia dan berbudi tinggi. Tetapi itu cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa. Nama ini menampilkan peribadi anak yang cukup baik. Semoga anak ini benar-benar terhindar daripada perbuatan-perbuatan yang keji yang boleh merosakkan diri sendiri. Sebersih nama dan semulia nama yang dimilikinya.

R
___________________________________________
Raihanah (Sejambak bunga yang harum)
Selain maknanya yang bererti sejambak bunga yang harum, nama ini sebenarnya merupakan seorang wanita yang cantik dan bersopan santun. Tegas dan tetap pendirian.

Rohadatul Aisy (Kemakmuran hidup)
Seorang anak perempuan yang diharapkan dapat memakmurkan kehidupan keluarga dengan kebaikan akhlak yang dimilikinya. Sesungguhnya adab sopan yang dimiliki oleh anak merupakan harta yang tidak bernilai buat kedua-dua ibu bapa.

Ridwana Rifiah (Keriangan/ketinggian kemuliaan)
Anak yang memiliki sifat yang riang akan mudah menghiburkan hati ibu. Anak yang begini mudah mengatur hidupnya sendiri tanpa banyak menyusahkan ibu bapa. Anak yang boleh berdikari kerana mempunyai disiplin diri yang tinggi terhadap diri sendiri.

Ruzana Ridwana (Ketenangan/keriangan)
Nama yang sedap didengar, apa lagi bila melihat orangnya. Seorang anak yang keletah dengan kehidupannya, yang penuh dengan keriangan. Melihat wajahnya hati akan terhibur dan berada dalam ketenangan. Segala masalah hidup yang dihadapinya, diselesaikan dengan bijaksana tanpa keluh kesah yang melulu.

S
_________________________________________
Safura Nazihah (Keemasan/jujur)
Safura adalah anak kepada Nabi Yaakub yang telah menunjukkan sifat ketaatan kepada kedua ibu bapanya. Sanggup bersusah payah untuk menolong ibu bapanya. Seorang anak yang jujur dan ikhlas dalam membantu kesusahan orang lain.

Siti Saffanah (Permata)
Wanita yang merupakan permata bernilai kerana termasyhur dalam bidang kefasihan bertutur dan juga sastera. Terkenal dengan baik dan murah hati serta rupawan.

Sima Sahirah (Lambang keindahan/memikat hati)
Anak perempuan adalah lambang keindahan dan sebagai bunga penyeri sesebuah rumah tangga. Sebagai lambang keindahan sesebuah keluarga sepatutnya anak dididik dengan budi pekerti yang baik dan mempunyai akal yang tajam. Gabungan antara keduanya barulah melahirkan akhlak terpuji, yang dapat memikat hati sesiapapun.

Sofiah Solehah (Jernih/baik)
Semua ibu bapa sangat mengharapkan anaknya menjadi orang yang baik. Semoga nama yang lembut dan sedap didengar ini menjadi pilihan kedua ibu bapa untuk diberikan kepada anak. Seterusnya anak benar-benar menjadi anak yang solehah (baik) yang tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa, mahu pun di dunia dan di akhirat.

Syamimi Syamilah (Yang berbau harum, lengkap)
Sebagai seorang anak perempuan, semoga ia pandai menjaga kehormatan diri. Harum dengan budi pekerti yang baik dan lemah lembut pada tingkah lakunya. Lengkap dirinya dengan ilmu-ilmu pengetahuan untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup.

Salma Shafiyyah (Yang damai/suci)
Anak yang diharapkan memberi kedamaian dan ketenangan dalam kehidupan kedua-dua ibu bapa. Pandai memelihara kesucian diri dan kelembutan sebagai seorang wanita. Semoga anak terpelihara dari segala perbuatan dan tindakan yang boleh menjatuhkan maruah diri serta nama baik agama.

Syahindah (Taqwa, warak, mulia)
Nama yang cukup indah. Semuanya terangkum dalam satu perkataan. Tiga dalam satu. Apa lagi yang diinginkan jika anak memiliki sifat dan peribadi ini. Hanya kesyukuran yang dipanjatkan kepada Tuhan yang menganugerahkan anak sebegini kepada kita. Tetapi sebelum itu, tentukan ibu bapanya juga seorang yang soleh.

T
_________________________________________________
Tasnim Amani (Air terjun dalam syurga/ketenanganku)
Air sejuk yang mengalir untuk menghilangkan dahaga, merupakan suatu kesyukuran di atas nikmat Allah. Begitu jugalah dengan kurnian anak yang baik dapat menghiburkan hati ibu bapa dalam menghadapi dugaaan yang pelbagai di dunia yang serba mencabar ini.

W
_______________________________________
Wafa Thahirah (Kesetiaan/yang suci)
Anak ini akan menjadi manusia yang setia dan taat kepada kedua ibu bapanya. Bila mendapat keredhaan ibu bapa akan memudahkan lagi dirinya untuk mendapat keredhaan Allah. Ia juga akan setia untuk melaksanakan perintah agamanya yang suci.

Wani Hazirah (Mutiara/pilihan yang terbaik)
Seorang anak dianggap sebagai mutiara yang paling berharga. Apalagi jika dididik menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Justeru, anak dijadikan pilihan terbaik sebagai penyambung warisan kedua ibu bapanya.

Watin Wardah (Yang sempurna/sekuntum bunga mawar)
Anak yang memiliki nama ini diharapkan dapat menyempurnakan apa-apa jua yang menjadi harapan ibu bapa terhadap dirinya. Pandai menjaga maruah diri sebagai anak perempuan kepada ibu bapa. Namanya sesegar bunga mawar yang tidak akan layu sebelum sampai masa untuk dipetik. Bukannya mudah, ia suatu cabaran kepada ibu bapa masa kini.

Widad Kamilah (Kasih sayang/yang sempurna)
Lahirnya anak ke dunia ini, adalah lambang kasih sayang antara suami dan isteri. Anak menjadi pengikat kasih berpanjangan dan kesempurnaan dalam membina keluarga yang bahagia. Adanya nama ini di dalam keluarga, semoga terhindarlah daripada kehidupan yang kucar kacir kerana ketandusan kasih sayang.

Wafiy Munirah (Setia/yang cantik)
Anak perlu dididik untuk menjadi seorang yang setia. Mudah dan ingat apa yang diajarkan oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Apatah lagi jika mudah mengamalkan segala nasihat yang diberikan. Hati menjadi tenang melihat anak yang begini. Semoga anak menjadi orang yang baik dan cantik budi pekertinya.

Y
__________________________________________
Yasmin Syamini (Keharuman yang tinggi/bunga melur)
Ibu bapa memang mengharapkan anak gadis yang pandai menjaga maruah diri. Maruah diri yang tidak mudah untuk ditukarkan dengan wang ringgit dan mengikut nafsu sahaja. Keharuman dirinya sentiasa dijaga agar sentiasa segar dalam jambangan. Tidak layu sebelum dipetik oleh tangan yang ingin memilikinya.
Z
_________________________________________
Zuhrah Musfirah (Keindahan/yang berseri)
Anak yang kelihatan tenang dan merendah diri. Pandai menyesuaikan diri dan tahu ke mana tujuan hidupnya. Tetapi memiliki keindahan pada wajah dan akhlaknya.